12.8 juta benih ikan, udang dilepaskan

0
126

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUANTAN: Jabatan Perikanan Negeri Pahang melepaskan sebanyak 12.8 juta benih pelbagai spesies ikan dan udang galah ke perairan umum negeri ini dalam tempoh 10 tahun sejak 2010.

Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, aktiviti pelepasan benih dilakukan sepanjang tahun membabitkan beberapa sungai utama termasuk tasik di negeri ini dalam usaha menambah sumber perikanan.

Katanya, jabatan berharap golongan nelayan darat dan masyarakat setempat serta peminat aktiviti memancing mendapat memanfaat daripada program pelepasan benih ikan dan udang galah yang dilakukan.

“Kerjasama pelbagai pihak termasuk komuniti setempat dilakukan dalam menjayakan aktiviti pelepasan benih ikan dan udang galah yang turut akan menjadi produk pelancongan di kawasan terbabit.

“Jabatan sentiasa berusaha menambah sumber perikanan di beberapa sungai utama seperti Sungai Pahang, Sungai Rompin dan Sungai Jelai yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai spesies ikan air tawar dan udang galah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program pelepasan 43,000 benih ikan dan udang galah bagi memperkayakan biodiversiti Sungai Bandaraya Kuantan yang dirasmikan Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin, di sini semalam.

Abdullah berkata, pihaknya melepaskan sebanyak 3,000 benih ikan siakap dan 40,000 benih udang galah di beberapa lokasi sepanjang Sungai Kuantan termasuk hadapan Menara 188 Kuantan.

Katanya, program pelepasan benih udang dan ikan di Sungai Kuantan dilakukan setiap tahun, namun kali ini lebih 100 induk udang galah dewasa dilepaskan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here