13 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara ditahan

0
122

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA TERENGGANU: Cubaan 13 nelayan Vietnam menggunakan nombor pendaftaran bot tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa ketika menceroboh perairan negeri ini gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, semalam.

Dua bot dinaiki nelayan Vietnam itu dengan menggunakan nombor pendaftaran TRF1311 dan TRF1132 ditahan ketika menangkap ikan menggunakan kaedah tunda ganding pada kedudukan 35 dan 36 batu nautika timur laut, Kuala Terengganu antara jam 6.35 hingga 7.14 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata kedua-dua bot berkenaan ditahan Kapal Maritim (KM) NUSA yang sedang menjalankan rondaan Ops Iman di perairan berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan pasukan geledah mendapati bot TRF1311 yang fizikalnya menyerupai bot nelayan Vietnam dikendalikan empat kru termasuk tekong, manakala bot kedua yang bernombor TRF1132 dikendalikan sembilan kru termasuk tekong.

“Pemeriksaan mendapati semua kru kedua-dua bot terbabit adalah warga Vietnam dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, malah nama mereka juga tiada dalam senarai buku lesen kedua-dua bot terbabit.

“Nelayan berkenaan cuba mengaburi mati penguat kuasa dengan menyamar sebagai bot tempatan, namun usaha mereka gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, susulan tangkapan itu, pihaknya merampas 15,000 liter diesel dan lebih dua tan ikan dengan keseluruhan rampasan termasuk bot serta peralatan menangkap ikan bernilai RM2 juta.

Muhammad Suffi berkata, semua 13 kru termasuk tekong berusia antara 26 hingga 47 tahun ditahan kerana tidak memiliki permit kerja dan dokumen pengenalan diri.

“Kedua-dua bot berserta kru dan tekong ditahan serta dibawa ke Jeti Maritim Terengganu.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pengenalan diri yang sah serta Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji warga asing bekerja tanpa permit sah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here