17 sekolah ditutup di Negeri Sembilan

0
131

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SEREMBAN: Sebanyak 13 lagi sekolah ditutup selama dua hari mulai hari ini di negeri ini susulan penularan COVID-19.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan sekolah ditutup di Negeri Sembilan akibat kes jangkitan COVID-19 adalah 17 sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, 12 buah sekolah ditutup bermula hari ini dan satu lagi esok.

Katanya, sekolah terbabit di daerah ini ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 3, Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Height, SK Taman Seri Mawar.

“Ia termasuk Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, SJK Tamil (SJKT) Covent, SK Senawang 3, SK Mantin dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP), SK Kampung Ladang Gemas di Tampin dan SMK Kampung Baru Si Rusa di Port Dickson.

“SJKC Sino English di Seremban diarah tutup esok. Empat sekolah dilanjutkan tempoh penutupan iaitu SMK Seremban 2, SJKT Nilai, SK Desa Cempaka di Nilai dan SK Port Dickson,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mohamad Rafie berkata, arahan penutupan itu bagi membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi.

Katanya, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko PKD.

“Setakat ini penutupan sementara sekolah membabitkan kes positif COVID-19 yang sangat minimum iaitu secara purata satu kes kecuali di SMK Seremban 2 (17 pelajar).

“Jabatan Pendidikan negeri (JPN) memantau secara terperinci keseluruhan perjalanan semua sekolah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri belum bercadang menutup semua sekolah terutama di Seremban kerana keadaan masih terkawal.

Beliau berkata, JPN akan terus memantau perkembangan penularan wabak itu terhadap warga sekolah.

Katanya, berpandukan laporan setakat ini, seramai 42 murid dan 11 orang guru disahkan positif COVID-19.

“Ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai keselamatan kesihatan anak mereka tetapi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu sentiasa dikekalkan sama ada ketika berada di sekolah mahu pun di luar.

“Guru dan murid yang tidak sihat diharap diberi kelonggaran tidak hadir ke sekolah sebagai langkah mencegah penularan COVID-19,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here