30 penunggang motosikal berlanggar sesama sendiri

0
223

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

BAYAN LEPAS: Seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan membabitkan kira-kira 30 motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, di sini, semalam.

Lelaki berusia 18 tahun yang juga pekerja sambilan itu cedera di tangan dan di bahagian belakang badan akibat kemalangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 10.20 malam.

Katanya, siasatan mendapati sekumpulan penunggang motosikal itu terbabas dan berlanggar sesama sendiri sebaik sahaja kereta peronda (MPV) polis tiba di tempat kejadian.

“Akibat pelanggaran itu, lelaki berkenaan mengalami cedera di tangan dan bahagian belakang serta dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan.

“Mereka dilihat menunggang motosikal secara berkumpulan dan siasatan masih dijalankan sama ada mereka terbabit dengan aktiviti rempit,” katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here