33 mangsa banjir di Perak ditempatkan di dua PPS

0
47

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

IPOH: Seramai 33 orang daripada lapan keluarga kini ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kerian susulan banjir selepas hujan lebat sejak petang semalam.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kerian, seramai 23 mangsa daripada empat keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Bagan Serai yang dibuka pada 5 petang semalam. 

Katanya semua yang dipindahkan merupakan penduduk dari kawasan Kampung Matang Tengah dan Jalan FT 147 Bagan Serai. 

Sementara itu, satu lagi PPS dibuka di daerah Kerian iaitu di SK Haji Parit Aman pada 10 malam tadi yang menempatkan 10 orang melibatkan empat keluarga dari kawasan Parit 3, Kampung Alor Setanggok, Bagan Serai. 

“Semua PPS ini dipantau oleh beberapa jabatan dan agensi termasuk polis, RELA, bomba serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya. 

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here