346,270 individu terima 2 dos suntikan vaksin

0
176

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Seramai 346,270 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi tempoh sama, 546,762 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 893,032.

Menerusi satu infografik dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 74,659; diikuti Sarawak (56,587); Perak (52,032); Sabah (50,918) dan Kuala Lumpur (49,114).

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 44,776 individu, seterusnya Sabah (36,956), Perak (34,235), Kuala Lumpur (30,421) dan Sarawak (29,332).

Sementara itu, jumlah pendaftaran program imunisasi itu adalah seramai 8,235,692 atau 33.9 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,224,996 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin bermula Februari hingga bulan ini membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos ini membabitkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU), manakala fasa ketiga dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 membabitkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here