‘ 4 Topeng Muka Percuma Bagi Satu Rumah’ – Menteri Pertahanan

0
51

Sebentar tadi, Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri telah melakukan sidang media mengenai situasi terkini Covid-19 di Malaysia. Menurut beliau, jumlah tangkapan yang dibuat semalam meningkat berbanding sebelum ini.

Dalam pada itu, sekitar 8.6 juta isi rumah akan menerima topeng muka yang telah diagihkan oleh kerajaan untuk diedarkan secara percuma. Topeng muka ini akan diberikan kepada rakyat melalui jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah.

Topeng muka secara percuma

Kerajaan akan mengagihkan 4 topeng muka percuma di setiap rumah seluruh negara. Buat masa ini masih dalam proses pengedaran melalui pengurusan jawatan kuasa daerah. Daripada situ baru diedarkan kepada orang ramai. Tambah beliau lagi, hanya yang bergejala sahaja akan memakai topeng muka. Bagi Sabah dan Sarawak, dan Labuan akan dihantar oleh TUDM melalui penerbangan khas.

Jumlah tangkapan meningkat

Dari laporan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bersama PDRM telah mengadakan 758 sekatan jalan raya di seluruh negara. Sebanyak lebih kurang 35 ribu pemeriksaan dan seramai 454 individu ditahan di sekatan jalan raya dan rondaan.  Menurut Menteri Pertahanan itu, tiada kompromi lagi mana mana pihak yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan jika masih ingkar akan terus dikenakan tindakan.

Selain itu, kerajaan turut berterima kasih ke atas orang ramai yang menderma Tabung Cobid-19. Jumlah sumbangan yang diterima RM22.66 juta ringgit. Daripada RM6.8 juta ringgit, pihak kerajaan akan peruntukkan membeli barang keperluan PKPD. Manakala, di fasa kedua akan diagihkan kepada Menteri Wanita dan Keluarga untuk meningkatkan kemampuan pengedaran ini.

https://www.facebook.com/watch/?v=154103142601048

Sumber : Harian Metro, Oh Bulan

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here