5 lagi ditahan kes iklan judi dalam talian

0
150

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lagi individu, termasuk pengarah, komposer dan penyanyi dalam video iklan yang mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian sempena Hari Raya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kesemua mereka diberkas di sekitar ibu negara dan Selangor.

“Pengarah terbabit yang diburu sebelum ini, dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian dalam talian untuk menerbitkan video itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penangkapan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu ditahan berhubung pembikinan dua video iklan kontroversi terbabit ialah 18 orang, setakat ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, kesemua lima individu berkenaan akan direman, hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan, polis masih meneruskan siasatan bagi menjejaki sindiket perjudian dalam talian yang menjadi dalang pembikinan video terbabit.

Sebelum ini, 13 tangkapan dibuat membabitkan pelakon, penerbit dan kru penerbitan dalam pembikinan video itu, meliputi sembilan ditahan berhubung kes pertama serta empat lagi bagi kes kedua. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here