54 bungkusan air ketum dirampas

0
90

KUALA LUMPUR: Polis merampas satu tong ais mengandungi 54 bungkusan air ketum hasil penahanan dua lelaki di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang, semalam.

Dalam serbuan pada jam 5.30 petang itu, polis menahan suspek berusia lingkungan 30-an dan 50-an bersama bungkusan serta satu botol air ketum dalam tong itu, selain satu peket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis heroin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata hasil siasatan mendapati air ketum itu diedarkan kepada pelanggan di sekitar Kajang.

“Ujian saringan air kencing pula mendapati seorang suspek positif dadah jenis opiate.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid menasihatkan orang awam supaya menyalurkan maklumat kes jenayah di daerah ini kepada polis terutama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here