557 pemandu teksi, kereta sewa dan bas di Terengganu dilindungi SKSPS

0
64

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Seramai 557 pemandu teksi, kereta sewa dan bas di Terengganu menerima manfaat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang disumbangkan kerajaan negeri berkenaan.

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata ia membabitkan caruman RM232.80 setiap individu terpilih selama setahun, dengan peruntukan keseluruhan RM129,669.60.

Beliau berkata, peruntukan perlindungan keselamatan sosial itu membuktikan penghargaan kerajaan negeri Terengganu terhadap komitmen dan soal kebajikan kelompok pemandu terbabit ketika menjalankan tugas.

“PERKESO sudah menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 mulai 1 Jun 2017 yang memberi perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri di bawah SKSPS.

“Sebagai permulaan, skim ini diwajibkan ke atas sektor pengangkutan penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas.

“Mulai 1 Januari lalu, perlindungan SKSPS diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri lain, menjadikan keseluruhan 20 sektor. Ini termasuk sektor pengangkutan barangan dan makanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammed Azman berkata hanya 49,183 pencarum aktif direkodkan berdaftar di bawah SKSPS berbanding anggaran orang bekerja sendiri seramai 2.8 juta di seluruh negara, setakat semalam.

“PERKESO menggesa mereka yang bekerja sendiri dan layak supaya segera mendaftar bagi memastikan mereka mendapat perlindungan di bawah SKSPS.

“Skim ini bukan sahaja menyediakan perlindungan kepada pencarum yang bekerja sendiri, tetapi juga menjamin masa depan tanggungan mereka jika berlaku kematian berkaitan bencana pekerjaan,” katanya.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here