6 daerah di Selangor kena PKP

0
130

KUALA LUMPUR: Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.

Katanya, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuatkuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here