80 peratus pasar tani akan dibuka sebelumRamadan, Aidilfitri

0
123

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SHAH ALAM: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor mensasarkan 80 peratus dari 50 pasar tani Selangor sebagai pasar pra-Ramadan dan pra-Aidilfitri tahun ini.

Pengarah FAMA Negeri Selangor, Abdul Rashid Bahri, berkata aktiviti jualan itu akan diadakan selama dua hingga tiga hari berturut-turut sebelum menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

“FAMA memang ada satu program jualan tahunan khas setiap kali menjelang Ramadan dan Aidilfitri, semua produk yang dipasarkan nanti adalah barang keperluan yang bersesuaian musim perayaan seperti daging, ayam, sayur, ketupat, daun palas, serta produk industri kecil sederhana seperti serunding, kerepek.

“Program khas ini akan dibuat di peringkat nasional dan peringkat negeri, FAMA Selangor sentiasa bersedia dengan program ini.

“Jadi, kita mensasarkan 80 peratus dari 50 pasar tani di Selangor terutamanya lokasi besar dan sentiasa mendapat sambutan pengunjung,” katanya sempena Pembukaan Pasar Tani ke-50 TTDI Jaya, Seksyen U2, di sini, petang semalam.

Abdul Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman kerajaan berhubung kebenaran pengoperasian bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara, Selasa lalu.

Katanya, pembukaan pasar berkenaan sudah semestinya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian pasar tani seperti yang sedang dilaksanakan kini.

Mengulas mengenai lawatan ke pasar tani ke 50 yang dilawati katanya, beliau yakin sambutan amat menggalakkan walaupun hari pertama pembukaan hujan renyai-renyai.

“Melihat suasana aktiviti jual beli di sini, kita jangka sambutan melebihi 40 peratus daripada jangkakan awal sebab pengunjung datang tanpa henti.

“Tahun ini juga, FAMA Selangor akan buka dua lagi pasar tani dijangka di Klang dan Sepang, di atas permintaan penduduk.

“Cuma kita akan lihat balik lokasi sama ada sesuai atau tidak, jika sesuai baru kita ambil langkah sterusnya termasuk hubungi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kita akan kaji pelbagai sudut sebab kita mahu peniaga dapat pulangan dengan pembeli melebihi 1000 orang,” katanya.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here