9 peratus kawasan di KL, Gombak pulih gangguan air

0
110

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan peratus kawasan di ibu negara dan Gombak pulih daripada gangguan bekalan air berjadual susulan kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates, setakat jam 3 petang tadi.

Kerja penggantian yang bermula sejak pagi semalam itu menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Wangsa Maju.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata lima daripada 58 kawasan yang terjejas sudah mendapat bekalan air sepenuhnya, iaitu Kementah, Pulapol, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Putra Sulaiman dan Wangsa Maju Seksyen 4.

Katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor menyarankan kepada pengguna yang sudah mendapat bekalan air untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan, menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

“Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air di kawasanyang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Elina dilaporkan berkata, kerja penggantian injap itu akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 12 kawasan di wilayah Gombak serta 46 kawasan di Kuala Lumpur, yang dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi Jumaat ini.

Sehubungan itu, Air Selangor menggerakkan 29 lori tangki air ke kawasan terjejas, dengan keutamaan diberi kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta upacara pengebumian.

Air Selangor turut menyediakan kemudahan pembelian air kepada pihak industri atau pelanggan komersial dengan membuat pembayaran di kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here