Abdul Azeez gagal batal 13 pertuduhan

0
362

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati, pertuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Azeez adalah tidak cacat.

Muhammad Jamil dalam penghakimannya, berkata mahkmah juga mendapati alasan permohonan Abdul Azeez adalah tidak bermerit.

“Tertuduh juga gagal menunjukkan pendakwaan terhadapnya adalah bersifat mala fide (berniat jahat).

“Mahkamah juga mendapati, pada peringkat ini adalah terlalu awal untuk mahkamah menentukan sama ada pertuduhan itu adalah tidak berasas,” katanya.

Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling, Kedah, menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dan dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here