Agensi Perisikan Amerika Syarikat Dakwa China Bohong Jumlah Sebenar Pesakit Kes COVID-19

0
80
Agensi Perisikan Amerika Syarikat Dakwa China Bohong Jumlah Sebenar Pesakit Kes COVID-19- Foto oleh Pablo Martinez Monsivais / AP / Shutterstock/The New Yorker

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Laporan terbaharu dari agensi perisikan Amerika Syarikat menuduh kerajaan China tidak jujur kerana menyembunyikan data sebenar jumlah kes COVID-19 di negara terbabit.

Berdasarkan sumber dari tiga pegawai AS yang dipetik dari Bloomberg, agensi perisikan tersebut menjelaskan dalam laporan rahsia Rumah Putih bahawa jumlah sebenar pesakit yang dijangkiti dan meninggal dunia akibat COVID-19 di China tidak dilaporkan kepada media.

“Kesimpulan daripada laporan rahsia itu adalah angka yang diumumkan kerajaan China adalah palsu,” kata sumber agensi perisikan AS.

Rumah Putih menerima laporan perisikan itu minggu lalu. Namun pada 1 April, Presiden AS, Donald Trump telah memberi kenyataan kepada media dengan menyatakan bahawa beliau belum menerima apa-apa maklumat dari agensi perisikan. 

Dalam masa yang sama, Trump menyatakan bahawa, “Apa yang jelas angka mereka kelihatan sedikit dan saya berniat baik bila saya katakan begitu.”

China telah melaporkan 82,361 kes virus corona dan 3,300 orang meninggal dunia menurut data dari Universitas Johns Hopkins. Jumlah itu jauh lebih tinggi dengan kes  pesakit COVID-19 di AS dengan jumlah keseluruhan adalah 244,000 kes dan lebih dari 6,000 kematian akibat wabak yang berasal dari Wuhan.

Kerajaan China masih mengambil sikap berdiam diri dengan tuduhan terbaharu ini, manakala wakil Presiden AS Mike Pence meminta China untuk lebih terbuka, “Kita akan mendapat lebih banyak manfaat jika China lebih terbuka.”

Terdapat keraguan pada data yang dilaporkan oleh China, baik di dalam dan luar negeri. Pemerintah China juga berulang kali menukar cara mereka mengira kes termasuk mengecualikan mereka yang positif COVID-19 tanpa gejala.

Pekerja lapangan terbang memakai jaket pelindung badan penuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai pada 28 Mac. Jurugambar: Qilai Shen / Bloomberg

Bagi ketua pengarang Global Times, Hu Xijin memandang tuduhan terbaharu AS ini hanyalah cubaan untuk mengalih perhatian dunia dengan peningkatan kes kematian di AS dan negara barat, katanya di platform media sosial Weibo.

Tambah beliau lagi, tidak masuk akal untuk China bertindak menyembunyikan data apabila wabak ini telah menular dengan meluas di seluruh dunia. Bagi Hu, kejayaan China berjaya mengurangkan jumlah kematian di Hubei adalah dengan mengerahkan pekerja perubatan dari seluruh China untuk bertapak di sana.

Sumber: Vocket, The New Yorker

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here