Ahli Parlimen kumpulan pemantau Agenda 2030

0
121

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen mempunyai tiga peranan penting bagi memastikan negara dapat mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) atau ‘Agenda 2030.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, peranan pertama adalah menjadi kumpulan memantau langkah dan usaha digariskan bagi mencapai SDG.

Katanya, Ahli Parlimen berperanan menggubal dan meminda undang-undang serta mengukuhkan pelaksanaannya bagi memastikan SDG dicapai.

“Ketiga, Ahli Parlimen sebagai pemudah cara bagi memastikan penyertaan lebih ramai masyarakat tanpa mengira parti bagi menjayakan Agenda 2030 itu,” katanya berucap pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Kelestarian Malaysia 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Persidangan itu anjuran bersama Parlimen Malaysia, Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia – Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG), Kingsley Strategic Institute for Asia Pasific (KSI) dan The Malaysian CSO SDG Alliance.

Hadir sama, Pengerusi APPGM-SDG, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Pengerusi Penganjur merangkap Presiden KSI, Tan Sri Michael Yeoh dan Penyelaras Residen PBB Malaysia, Singapura dan Brunei, Stefan Priesner.

Azhar berkata, di negara ini pemantauan SDG bukan hanya dilaksanakan APPGM-SDG, bahkan turut melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Katanya, melalui Jawatankuasa Pilihan Khas itu, segala cadangan dan teguran untuk menambah baik bagi penggubalan serta pindaan undang-undang diteliti sebelum dibentangkan di Parlimen

“Ini akan mempercepat proses perundangan dan penggubalan undang-undang yang sesuai bagi mencapai Agenda 2030,” katanya.

Beliau berkata, Ahli Parlimen juga bertanggungjawab menggerakkan penyertaan masyarakat dan menjadi pemudah cara kepada rakyat.

Azhar berkata, usaha ‘bipartisan’ kerjasama wakil kerajaan dan pembangkang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membuat rancangan komprehensif untuk masa depan mesti menjadi perkara penting bagi mewujudkan pentadbiran yang baik.

“Pelaksanaan SDG sepatutnya mengambil kira maklum balas masyarakat setempat khusus masalah komuniti dan bukannya sekadar mengutamakan soal politik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here