Ahli perniagaan dipenjara 10 tahun, 24 sebatan

0
620

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

IPOH: Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 109 pertuduhan berkaitan penipuan serta pemalsuan dokumen kerajaan yang dilakukannya antara April 2015 hingga Disember tahun sama.

Hakim Norashima Khalid menjatuhi hukuman itu terhadap N Narendran, 41, selepas tertuduh disabitkan dengan 102 pertuduhan berkaitan penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 471/467 kanun sama kerana pemalsuan dokumen.

Terdahulu, Norashima menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap 102 pertuduhan mengikut Seksyen 420 dan 10 tahun penjara lagi bagi setiap tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 471/467, tetapi mengarahkan ia berjalan serentak yang menyaksikan tertuduh hanya dipenjara 10 tahun keseluruhannya bermula hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam RSN Rayer memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara yang seharusnya berkuat kuasa hari ini sementara proses rayuan kes itu dikemukakan ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin yang mengendalikan pendakwaan membantah permohonan tertuduh itu yang dibuat mengikut Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah atas alasan proses rayuan tidak sesuai digunakan sebagai alasan menangguhkan hukuman.

Selain itu, Mohamad Nazreen turut meminta mahkamah mengambil kira jumlah kerugian bagi kes dilakukan tertuduh dan kerumitan sepanjang proses perbicaraan berlangsung selama empat tahun, selain menegaskan hukuman penjara yang sedang berjalan tidak menafikan hak tertuduh mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun, Norashima kemudian membenarkan penangguhan hukuman itu dengan menetapkan jumlah jaminan ditambah RM30,000 lagi perlu dilangsaikan hari ini juga, selepas RM55,000 wang jaminan dibayar tertuduh sebelum ini.

Selain itu, Norashima turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada November 2016 atas 105 pertuduhan menipu seorang lelaki mengenai pelaburan tidak wujud berjumlah RM6.3 juta antara Mei hingga Disember 2015.

Pada September 2017, tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh sekali lagi mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan tambahan dikenakan ke atasnya membabitkan kesalahan menggunakan dokumen palsu kerajaan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here