Ahmad Zahid tarik balik rayuan cabar Akta SPRM dan Pencegahan Wang Haram

0
166

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA, 7 Julai — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar dari segi perlembagaan berhubung dua akta membabitkan penerimaan bukti dokumen bagi tuduhan yang dihadapinya.

Akta berkenaan ialah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan  Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said bahawa pihaknya menarik balik permohonan itu.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah P. Ravinthran dan Datuk Nordin Hassan. 

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi berkata, pihak pendakwaan tidak membantah mengenai perkara itu.

Hakim Kamaludin kemudiannya, membatalkan permohonan itu yang sepatutnya dijadualkan didengar hari ini.

SumberРBERNAMA 

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here