Air sisa dirawat jadi sumber bekalan kedua

0
98

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memanfaatkan air sisa dirawat untuk dijadikan sumber air kedua negara sebagai antara langkah penyelesaian bekalan air terutama pada musim kemarau.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kerjasama Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dengan Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam membangunkan projek penggunaan semula air sisa dirawat turut membuka lembaran baharu dalam industri air negara yang mampu menjana ekonomi.

Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan usaha kerajaan mencapai sasaran di bawah matlamat keenam Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG 2030) iaitu memastikan akses dan pengurusan mampan air serta sanitasi kepada semua.

“Pengurusan air secara lestari amat mencabar pada waktu ini demi memastikan permintaan air bersih untuk rakyat dapat dipenuhi sepanjang masa.

“Selain memanfaatkan sumber air mentah sedia ada dengan berhemah, negara juga perlu meneliti program penjimatan dan penggunaan semula air dilaksanakan segera.

“Ini bagi memastikan generasi akan datang terus menikmati bekalan air mencukupi.

“Selain memanfaatkan sumber air mentah sedia ada dengan berhemah, negara juga perlu meneliti program penjimatan dan penggunaan semula air dilaksanakan segera.

“Ini bagi memastikan generasi akan datang terus menikmati bekalan air mencukupi.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here