” aku cuba baca surah .. tapi kelibat masih di situ, dalam hati aku bercakap, kuat sungguh pocong ni.. “

0
110

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” Surah al-Dhariyat :56) . Potongan daripada ayat suci Al-Quran jelas memberi maksud bahawa selain manusia, Allah juga telah menciptakan jin dan syaitan sebagai hambanya. Hakikatnya, kewujudan alam ghaib di dunia tidak boleh disangkal lagi.

Memetik kata-kata daripada Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Mohammad Nidzam Abdul Kadir katanya ;

tidak sah dan tidak sempurna iman seseorang yang tidak mempercayai kepada perkara ghaib.

kredit: Sinar Harian

Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam ayatnya yang bermaksud  “Kitab al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah al-Baqarah: 2&3)

Sememangnya, hal-hal ghaib ini harus kita percayai. Namun, bila berbicara tentang hal ghaib , orang kita lebih mengaitkannya dengan cerita hantu. Cerita-cerita hantu mungkin masih menjadi topik perbicaraan masyarakat meskipun sudah mencapai era moden ini. Kesahihan cerita tersebut pula mungkin tidak dapat kita pastikan juga.

Tapi lain pula cerita seorang pemuda ini. Melalui akaun facebooknya Ayie Abj , pemuda ini menceritakan pengalamannya terlihat kelibat ketika berada dalam keretanya.

semalam nampak kelibat.. Allahuakbar..

aku cuba baca surah ².. tapi kelibat masih di situ, dalam hati aku bercakap, kuat sungguh pocong ni.. 

Pada awalnya, pemuda ini takut setelah melihat kelibat tersebut tetapi akhirnya memberanikan diri untuk memastikan sendiri kelibat yang dilihatnya itu ialah hantu.

nak lari tapi dok dalam kereta, nak tinggai kereta mcm x kena pulak.. berani kan diri keluar dan nak bersemuka..dia hilang pula..

Ceritanya menjadi lebih seram apabila kelibat yang hilang tadi muncul semula apabila pemuda ini memasuki keretanya semula.

aku masuk dalam kereta, eh ada balik dekat situ.

Kesudahan kisah seram ini menjadi kisah lawak apabila pemuda ini mula menyedari bahawa kelibat yang disangka hantu tadi rupanya tahi burung.

aku snap picture pocong tu.. aku tengok dan zoom.. ohhhh rupanya taik burung kat depan cermin rupanya… fuhh mencabar betoi la…

Kisah pemuda ini menarik perhatian netizen yang membacanya. Namun ada netizen yang mendakwa itu bukan tahi burung tapi merupakan pocong sebenar kerana melalui gambar yang dipos itu, keadaan tingkap adalah terbuka bukan tertutup sepertimana yang diceritakan.

Ada juga yang mendakwa ini merupakan pocong betul dan posting asal gambar ini ialah seorang ustaz.

Kenangan yg tokxkan lupakan… Bila brjaya merakam kelibat pocong yg mncul depan mata… Tok di panggil untk menghalau…

Posted by Qiqi on Tuesday, 25 February 2020

Kedua-dua posting ini memberi jawapan yang berbeza dan masih mencetukan persoalan sama ada di gambar tersebut iaitu hantu atau bukan. Seram bukan ? Takpelah, kita pun tak tahu kenyataan mana yang benar. Benda-benda ghaib ini memang wujud cuma orang tertentu sahaja yang mampu melihat. Jadi kesahihan cerita sebenar tentang gambar ini masih menjadi misteri.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here