Ambulans terbakar di HKL

0
87

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Sebuah ambulans terbakar di hadapan Bangunan Institut Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray, berkata kebakaran mula disedari pemandu yang baru saja menurunkan penumpang di bangunan itu, sebelum terhidu bau asap seperti kesan plastik terbakar.

“Sejurus itu, beliau (pemandu) terus mematikan enjin serta beredar keluar daripada kenderaan berkenaan.

“Bantuan segera daripada Polis Bantuan yang bertugas di kawasan berdekatan berjaya memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api sekitar jam 7.50 malam. Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi kejadian sekitar jam 7.53 malam dan membuat pemeriksaan akhir bagi memastikan api sudah dipadamkan sepenuhnya.

“Pemeriksaan selesai dilakukan sekitar jam 8.30 malam,” katanya.

sumber:berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here