Arak: Kawal penjualannya kepada bukan Islam di premis kedai

0
82
Gambar Hiasan

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

BANGI: Ingin negara kembali tenteram dan aman, kerajaan harus memperhalusi semula penjualan arak terutamanya dia kedai serbaneka

Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, pihak kerajaan juga perlu mengawal minuman beralkohol itu supaya tidak dijual sebebas-bebasnya kepada orang bukan Islam.

Dalam isu membabitkan pemandu mabuk yang membahayakan nyawa orang awam, beliau berkata, terdapat dua situasi iaitu hak individu serta masyarakat.

Jelasnya, jika sesuatu perkara itu membabitkan masyarakat, maka ia tidak boleh dinyatakan sebagai kebebasan individu.

“Kebebasan individu adalah terbatas selagi tidak menganggu gugat masyarakat. Jika mereka mahu minum arak dalam rumah, itu terpulang kepada mereka. Tetapi jika mereka minum hingga mabuk kemudian memandu dan mengancam keselamatan orang lain, itu tidak boleh kata hak individu.

“Hak individu ini selagi mana tidak mengancam hak orang lain…kerana itu saya menyokong undang-undang memandu dalam keadaan mabuk ini disemak semula dan perlu diperketatkan untuk menjaga ketenteraman awam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pula, beliau mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilaksanakan.

Tan Sri Annuar Musa berkata, lesen premis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap kedai-kedai menjual alkohol juga perlu diperketatkan susulan berlakunya kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.

Akhir-akhir ini, berlaku beberapa kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian.

Terbaharu, seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar di ibu negara, hari ini.

Mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang diniagakan oleh isterinya.

Terdahulu, beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk, berhampiran Queensbay, Bayan Lepas.

Sehari sebelum itu, seorang pekerja syarikat kurier maut dilanggar individu di bawah pengaruh alkohol di kilometer 34.2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur.

Awal bulan lalu, seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda, dipandu seorang lelaki yang disyaki mabuk.

Sumber: ISMAWEB

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here