Baju batik “kuih-muih” Ismail Sabri bakal dirindui

0
277

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Hampir setiap hari selama kira-kira tiga bulan, kemunculan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kaca televisyen bagi memaklumkan perkembangan terkini wabak COVID-19, sentiasa dinanti-natikan.

Namun mulai esok, sidang media secara langsung beliau tidak lagi akan bersiaran setiap hari dan pada hujung minggu, sebaliknya hanya tiga kali seminggu, iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat.

“Tiada lagi baju batik yang menjadi asas kuih muih inspirasi tuan dan puan,” kata Ismail Sabri pada sidang medianya di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Beliau merujuk usikan warganet mengenai baju batik kontemporari dipakainya pada Ramadan lalu kerana mengingatkan mereka kepada keenakan pelbagai juadah pada bulan puasa.

Rona dan corak baju yang cukup unik menjadikan pilihan fesyen beliau tular, malah menyuntik ‘inspirasi’ kreativiti warganet memuat naik kompilasi kemeja batik beliau yang disamakan dengan pelbagai makanan tempatan dan minuman menyelerakan.

Gambar yang dimuatnaik memaparkan beliau dan juadah yang mengikut tema baju batiknya seperti kek lapis, jus tembikai, air batu campur (ABC) dan agar-agar.

“Tanpa disedari, masa pantas berlalu dan saya sudah bersama anda selama lebih tiga bulan setiap hari pada setiap jam 2 petang. Ingin saya maklumkan, hari ini adalah hari terakhir saya akan bersiaran setiap hari dan hari terakhir siaran di hujung minggu,” katanya.

Beliau turut memberi penghargaan kepada kumpulan barisan hadapan yang banyak berjasa dan berkorban membantu kerajaan menyekat penularan wabak COVID-19, juga kepada ahli keluarga mereka yang sentiasa memahami tanggungjawab petugas.

“Malah, pengorbanan pengamal media yang menjalankan tugas tanpa jemu dalam menyampaikan maklumat yang tepat. Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas setiap kerjasama yang diberikan,” katanya.

Ismail Sabri turut menasihatkan rakyat supaya tidak alpa dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan khususnya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Tidak bermakna (pelaksanaan PKPP), kita boleh leka dalam mengamalkan normal baharu, lakukan kawalan kendiri dan mengamalkan penjarakan sosial untuk kekal selamat,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here