Bantuan khas Aidilfitri RM300 untuk peneroka FELDA, FELCRA, RISDA

0
55

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak RM300 seorang kepada peneroka FELDA, FELCRA dalam kategori B40 dan pekebun kecil RISDA bermula Isnin ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bantuan khas itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta.

Menurut kenyataan itu, bantuan terbabit akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka FELDA, pengusaha FELCRA dalam kategori B40 (90,000) dan 292,000 pekebun kecil RISDA, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.

Pekebun kecil dapat bantuan | Harian Metro
Gambar Hiasan

“Kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak COVID-19.

“Situasi ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500,000 peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara,” katanya.

Risda harap kerajaan benar pekebun tanam ketum | Free Malaysia Today
Gambar Hiasan

Justeru, kerajaan berharap bantuan khas itu akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut Aidilfitri.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here