Bayi Kembar Baru Lahir Masa Perintah Berkurung Diberi Nama Corona Dan Covid

0
152

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Sepasang bayi kembar yang baru sahaja dilahirkan ketika perintah berkurung sedang dijalankan di Raipur, India, diberikan nama ‘Corona’ dan ‘Covid’.

bayi kembar baru lahir masa perintah berkurung diberi nama corona dan covid

Menurut ibu dan bapa kepada bayi terbabit, nama tersebut diberikan kerana menunjukkan simbolik kemenangan menghadapi kesukaran ketika wabak ini masih lagi berleluasa.

Bayi berkenaan dilahirkan tengah malam pada 26 Mac lalu di DRBR Ambedkar Memorial Hospital, India, ketika negara berkenaan juga masih mengharungi perintah berkurung.

Menceritakan kembali saat melahirkan dua orang bayinya itu, ibunya Preeti Verma, 27, berkata ambulans yang membawanya ke hospital telah ditahan beberapa sekatan jalan oleh pihak polis.

bayi kembar baru lahir masa perintah berkurung diberi nama corona dan covid

Bagaimanapun kesemua sekatan itu membenarkan ambulans berkenaan untuk meneruskan perjalanan selepas mengetahui keadaannya ketika itu.

Ketika proses bersalin, kakitangan hospital turut memanggil bayi kembarnya itu sebagai Corona dan Covid.

bayi kembar baru lahir masa perintah berkurung diberi nama corona dan covid

“Kelahiran itu berlaku selepas kami berdepan dengan pelbagai kesukaran, jadi saya dan suami mahu menjadikannya sebagai hari yang tidak dapat dilupakan. Virus COVID-19 memang bahaya dan mengancam nyawa, tetapi kesan daripada wabak itu, orang ramai fokus menjaga kebersihan dan penjagaan diri.

“Jadi kami fikir untuk menggunakan nama tersebut,”, kata Verma sambil mengabdikan hari kelahiran kembarnya sebagai satu hari yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh dunia.

Sumber : ERA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here