Bazar Ramadan Melaka guna sistem kupon

0
81

MASJID TANAH: Melaka dijangka memperkenalkan sistem kupon di bazar Ramadan bagi memastikan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata penelitian pelbagai agensi, terutama polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih banyak ruang dalam SOP berkenaan yang diperlu dipertingkatkan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

“Sistem berkupon berkemungkinan besar akan diperkenalkan bagi memperkukuh SOP di bazar Ramadan di negeri ini.

“Hasil perbincangan saya dengan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali baru-baru ini ada membangkitkan mengenai perkara itu (sistem kupon) dan saya akan membawanya dalam mesyuarat Jawatankuasa COVID-19 membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Masjid Tanah, di sini, semalam.

Mengulas mengenai bazar Ramadan itu, Sulaiman berkata, walaupun mendapati bazar Ramadan berkenaan agak sesak, secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP oleh peniaga dan pelanggan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here