Bazar Ramadhan tak sesuai ketika COVID-19 – Sultan Johor

0
151

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menegaskan bazar Ramadhan tidak sesuai diadakan di negeri ini susulan penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Sultan Ibrahim menerusi akaun rasmi Facebook baginda bertitah, ini disebabkan risiko berlaku kontak rapat amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhan.

“Kes positif COVID-19 masih dilaporkan berlaku, maka saya melihat adalah tidak sesuai jika mahu diadakan bazar Ramadhan bukan sahaja di sini, malah di tempat lain juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat.

“Lupakan bazar Ramadhan, saya bimbang jika berlaku penularan virus berkenaan secara berleluasa, ini akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wabak ini,” titah baginda.

Kelmarin, Kerajaan Johor dilaporkan akan mengumumkan keputusan sama ada membenar atau membatalkan bazar Ramadan di seluruh negeri ini, dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil, dilaporkan berkata keputusan berkenaan akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) sebelum diumumkan secara rasmi.

COVID-19: Selangor batal bazar Ramadan | Nasional | Berita Harian
Gambar Hiasan

Sultan Ibrahim bertitah, masyarakat tidak seharusnya memandang ringan arahan dan nasihat pihak berkuasa.

“Anda lihat sendiri, bagaimana petugas perubatan bersama pasukan barisan hadapan bertugas dari pagi hingga malam dalam usaha mahu membendung penularan wabak ini.

“Bayangkan, jika wabak ini semakin berleluasa ia akan turut memberi kesan kepada pasukan perubatan hingga merencatkan sistem rawatan,” titah baginda.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here