Bekalan air di KL, Gombak belum pulih

0
93

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Tiada kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak dilaporkan pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air.

Ia susulan kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju, semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata Air Selangor masih dalam proses menstabilkan sistem agihan bekalan air setakat jam 6 pagi tadi.

Katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor.

“Ia termasuk laman sesawang¬†www.airselangor.com¬†serta aplikasi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter, atau orang awam boleh hubungi pusat perhubungan Air Selangor menerusi talian 15300,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here