Bekas banduan Al-Maunah teruja sambut Ramadan

0
165

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

MACHANG: “Sambutan Ramadan tahun ini lebih bermakna apabila saya dapat menyediakan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa kepada ibu yang sudah uzur,” kata Che Sabri Che Jaafar, 51.

Che Sabri antara 13 banduan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengurniakan pembebasan awal sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 pada tahun lalu.

Dia dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat sejak 2000 mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai Pertubuhan Al-Ma’unah, namun dibebaskan pada 17 Ogos tahun lalu.

Che Sabri berkata, Ramadan tahun lalu, dia berbuka puasa, bersahur dan menunaikan solat sunat tarawih di penjara, namun siapa sangka pada tahun ini dia menjalani semua ibadat itu, di samping insan tersayang.

“Saya berasa seolah-olah masih bermimpi, namun hakikatnya saya kini sudah bebas menjalani kehidupan normal seperti orang lain selepas 20 tahun terkurung di sebalik tirai besi.

“Sepanjang berada dalam penjara, ibu tidak pernah henti berdoa supaya saya dibebaskan dan kini berkat doanya saya dibebaskan dan ia diibaratkan seperti peluang kedua untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulai Chondong.

Katanya, sebaik dibebaskan dia bertekad untuk menjaga serta menguruskan ibunya yang sudah uzur selain kedua-dua mata juga tidak lagi dapat melihat.

“Walaupun mempunyai adik-beradik lain, biarlah saya yang menjaga dan menguruskan segala keperluan ibu memandangkan sudah 20 tahun saya terlepas peluang berbakti kepadanya.

“Saya bersyukur kerana Ramadan kali ini masih diberi kesempatan berpuasa bersama ibu dan pada masa sama turut menjadi imam solat sunat tarawih di rumah memandangkan ibu tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di atas katil,” katanya.

Anak keenam daripada 10 beradik itu berkata, dia juga bersyukur kerana perjalanan hidupnya selepas dibebaskan daripada penjara dipermudahkan.

“Pada Oktober tahun lalu, saya buka kedai jahit untuk meneruskan kelangsungan hidup berbekalkan kemahiran menjahit yang dipelajari ketika berada di dalam penjara sehingga memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang jahitan.

“Selepas membuka kedai jahitan, ramai penduduk setempat datang ke kedai untuk menjahit pakaian dan secara tidak langsung mereka juga memberi sokongan kepada saya untuk terus memajukan diri dalam bidang yang diceburi.

“Bagi sambutan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, saya menerima hampir 100 tempahan baju yang perlu disiapkan, namun sebahagiannya terpaksa ditolak kerana tidak menang tangan untuk menyiapkannya memandangkan tidak mempunyai pembantu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here