Benar kerja dari rumah sektor tertentu

0
113

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji sama ada konsep bekerja dari rumah (BDR) boleh diamalkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir nanti, kata menterinya Datuk Seri M Saravanan.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia akan membabitkan sesetengah sektor sahaja yang mana prestasi pekerjanya boleh diukur.

Pelaksanaan PKP sejak Mac tahun lalu membawa budaya baharu kepada ramai rakyat di negara ini, apabila ramai pekerja dan majikan mengamalkan BDR.

“Kita dapati, dalam sektor-sektor tertentu, walaupun bekerja dari rumah, ia masih berjaya. Perkara ini boleh dicadangkan kepada sesetengah sektor yang kita lihat berjaya,” katanya selepas Majlis Sambutan 365 Hari Pencapaian Menteri Sumber Manusia, di kementeriannya, hari ini.

Saravanan berkata kejayaan BDR juga bergantung kepada keikhlasan pekerja. Ia berikutan, apabila budaya BDR diamalkan sejak tahun lalu, ada juga dalam kalangan pekerja mengambil kesempatan.

Selain itu, beliau berkata, BDR juga dilihat boleh mengurangkan kos.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan perasmian sambutan Hari Wanita 2021 peringkat Kebangsaan, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Sumber Manusia diminta mengkaji kesesuaian memperluaskan kemudahan bekerja dari rumah bagi sektor awam dan swasta dengan gaji penuh.

Beliau dilaporkan berkata, inisiatif itu antara lain membolehkan kakitangan awam dan swasta menjaga ahli keluarga yang uzur atau sakit atau memberi sokongan kepada isteri menjaga anak yang baru lahir, sekali gus menggalakkan rasa tanggungjawab bersama. Ia juga membolehkan kakitangan wanita kekal dalam sektor pekerjaan dan meningkatkan produktiviti kerja.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here