Beras Habis.. Bapa Terlantar Sakit Hanya Mampu Diberi Makan Biskut Cicah Air Teh Sahaja

0
1022

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

“BERAS habis dan kami tiga beranak hanya bergantung kepada biskut kering cicah teh untuk alas perut,” keluh Hasnah Che Mat, 58, di Kampung Perasu, Gua Musang.

Katanya, keadaan itu berlaku selepas tiga hari pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan Covid-19 bermula 18 Mac lalu.

Dia berkata, perbelanjaan hariannya bergantung kepada upah menoreh getah tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana arahan supaya berkurung dalam rumah.

“Lebih menyedihkan bapa yang berusia 101 tahun sedang sakit tua dan terlantar di rumah hanya mampu disediakan teh dan biskut kering sahaja untuk dia makan tiga kali sehari.

Gambar Hiasan

“Saya juga hanya menumpang tinggal dirumah usang milik tuan kebun getah itu tanpa ada kemudahan air dan elektrik,”katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perasu, hari ini.

Hasnah berkata, dia mengambil upah menoreh getah bersama suaminya, Ahmad Azmi Jusoh, 58, manakala bapanya, Che Mat Bakar, ditinggal seorang diri di rumah.

Katanya, sejak pelaksanaan arahan PKP itu dia lebih banyak masa berkurung dalam rumah hingga wang yang disimpan hasil menoreh getah kehabisan.

“Saya hanya dapat upah menoreh getah sekitar RM500 sebulan, itu pun getah yang dijual sebulan sebelum dilarang menoreh untuk belanja makan. Selain belanja makan ia juga digunakan untuk membeli lampin pakai buang bapa.

“Saya juga semakin risau dengan harga getah sekerap yang menurun sehingga RM1.60 sekilogram sekarang sudah tentu turut menjejaskan pendapatan. Mujur ada penduduk kampung yang simpati apabila tahu kami kehabisan beras,” katanya.

Gambar Hiasan

Dia juga mengakui sudah mendapat bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Ab Aziz Yusof.

Ab Aziz ketika dihubungi mengesahkan sudah mengambil perhatian terhadap tiga beranak yang kehabisan makanan kerana arahan PKP.

Mereka yang bersimpati dan ingin membantu boleh menghubungi Hasnah melalui nombor 0199359413.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here