Berhikmah, timbang rasa dalam kuat kuasa undang-undang

0
257

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agensi penguat kuasa yang menjalankan pemantauan dan kawalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menggunakan pendekatan yang lebih berhikmah dalam memastikan masyarakat mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Perdana Menteri berkata, ketegasan itu penting untuk memastikan peraturan dipatuhi tetapi dalam masa sama, perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam tindakan yang diambil menurut ruang lingkup undang-undang.

Katanya, ini penting supaya usaha mendidik masyarakat atau komuniti akan lebih diterima.

“Perkara ini sangat penting, terutama dalam situasi pandemik yang memberi kesan sangat besar kepada kehidupan rakyat.

“Saya faham dan menginsafi kesusahan rakyat mencari punca pendapatan untuk menjamin kelangsungan hidup dalam situasi pandemik ini. Ada yang berikhtiar menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan seperti menjual burger, makanan ringan, minuman ataupun hasil tanaman masing-masing.

“Mereka ini bukanlah pemilik syarikat atau pertubuhan perniagaan yang besar tetapi hanya pemegang lesen untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri berharap kerjasama dan persefahaman yang baik antara masyarakat dan pihak penguat kuasa akan mampu memperkasakan lagi komuniti untuk bersama-sama memastikan kejayaan membendung penularan jangkitan virus COVID-19 dapat dicapai.

“Sekiranya sikap saling mengingatkan ini diamalkan, insya-Allah saya yakin norma baharu dalam kehidupan dapat kita budayakan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here