Beri maklumat diri yang tepat ketika masuk premis perniagaan

0
55

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA – Kerajaan berharap orang ramai memberikan maklumat diri yang tepat ketika berkunjung ke premis perniagaan bagi memudahkan proses pengesanan jika berlaku kes positif koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga telah menetapkan hanya nama dan nombor telefon diberikan pelanggan kepada pemilik premis.

“Jika sebelum ini ada rungutan berkaitan keselamatan kerana kerajaan meminta nombor kad pengenalan dan alamat kediaman diberikan sebelum memasuki premis perniagaan. Selepas itu kita menetapkan bahawa hanya nama dan nombor telefon sahaja bagi tujuan keselamatan.

“Bagaimanapun ada yang sengaja memberikan nama dan nombor telefon tidak betul. Ada yang meletakkan nama Badang dan Superman bersama nombor telefon yang salah.

“Bagaimana kita boleh melakukan pengesanan kontak jika berlaku kes Covid-19. Saya harap orang ramai memberikan maklumat tepat,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berkaitan masih ada premis dan bangunan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang meminta pengunjung memberikan nombor kad pengenalan dan alamat rumah walaupun kerajaan menetapkan hanya mencatat nama dan nombor telefon sahaja.

Sumber : Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here