Berteduh tepi pokok, 2 sahabat maut dipanah petir

0
114

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUANTAN: Dua sahabat maut dipercayai akibat dipanah petir ketika mereka berteduh di tepi pokok di kolam memancing Kampung Cempaka, Lanchang di Temerloh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27, dari Lanchang, pergi memancing ke kolam itu bersama tiga lagi rakannya pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, apabila hujan lebat dan petir pada kira-kira jam 3.30 petang, kedua-dua mangsa berteduh di tepi pokok, manakala seorang lagi terus bergerak pulang.

“Dua rakan mangsa yang berada di situ mendakwa mereka yang sedang bergerak mahu mengambil joran kemudian terkejut melihat kedua-dua mangsa rebah selepas disambar petir,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata, rakan mangsa segera membawa mereka ke Klinik Kesihatan Lanchang, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia.

Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di Temerloh untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here