Bom lama ditemui di ladang sawit

0
119

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KULAI: Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai memusnahkan dua bom lama yang ditemui di kawasan ladang sawit FELDA Taib Andak, di sini, pada jam 3 petang semalam.

Jurucakap polis berkata, bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) jenis Artillery Shell85 mm dan Artillery Shell Impact Fuse UXO itu ditemui penyelia ladang, Syafiq Mahad ketika melakukan rondaan di kawasan ladang.

Katanya, objek itu ditemui dalam keadaan berkarat dan dipenuhi tanah sebelum penyelia berkenaan menghubungi Pondok Polis FELDA Taib Andak bagi tindakan lanjut.

“Ketika UPB IPK Johor menjalankan pembersihan keselamatan di lokasi sama, satu lagi objek disyaki UXO dijumpai sekitar 25 meter dari lokasi UXO pertama ditemui.

“Tindakan pemusnahan UXO dijalankan secara ‘in-situ’ dengan menggunakan teknik ‘high order’ melalui kaedah elektrik.

“Orang ramai yang menjumpai objek mencurigakan atau dipercayai bom, diminta melaporkan hak berkenaan kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here