Buruh didenda lakukan kekerasan jenayah terhadap isteri

0
210

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana melakukan kekerasan jenayah terhadap isterinya.

Tertuduh, Nik Rospadli Ab Latiff, 41, turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 tahun di sebuah rumah di daerah ini, jam 7.30 malam pada 8 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Ain Mohd Rani.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here