COVID-19: 4 taman awam dinyah cemar

0
82

KUALA TERENGGANU: Empat taman awam di negeri ini terbabit dalam pelaksanaan sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri.

Kawasan itu membabitkan Taman Awam Padang Hiliran, Taman Awam Pantai Batu Burok, lagun Masjid Tengku Tengah Zaharah dan lagun Kuala Ibai.

Pengarah JBPM negeri, Md Hilman Abd Rashid, berkata kawasan rekreasi itu dibersihkan secara berperingkat dalam operasi nyah cemar sejak Selasa lalu.

Beliau berkata, kerja pembersihan dan penyemburan bahan kimia jenis Sodium Hipolorik itu dilakukan pegawai dan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT).

“Turut terbabit dalam pelaksanaan sanitasi itu adalah kawasan pasar tani di Padang Hiliran dan Pasar Besar Kedai Payang, di sini,” katanya.

Mohd Hilman berkata, jumlah bahan kimia digunakan untuk kerja pembersihan di 15 lokasi membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus bergantung kepada keluasan lokasi.

Katanya, ops nyah cemar dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Sumber- Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here