COVID-19: AS catat jumlah kematian tertinggi setakat Selasa

0
61

WASHINGTON: Wabak COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan jumlah kematian tertinggi setakat ini dengan 865 kes dalam tempoh 24 jam lalu, iaitu hingga lewat malam Selasa.

Berdasarkan jumlah yang dikumpul oleh Johns Hopkins University, jumlah kematian di AS ialah 3,873 pada 8.30 malam Selasa di negara berkenaan, berbanding 3,008 kes pada 8.30 malam Isnin lalu.

AS kini mempunyai 188,172 kes positif, jauh lebih tinggi berbanding Itali, Sepanyol dan China.

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump semalam memberi amaran, negara itu akan berdepan dua minggu yang “sangat memeritkan” susulan gelombang wabak COVID-19 yang mungkin boleh menyebabkan kematian sehingga 240,000 orang.

Trump dalam satu sidang media di Rumah Putih menggesa penduduk AS lebih bersedia menghadapi detik sukar berkenaan.

“Ia boleh menjadi sangat memeritkan, dua minggu yang amat sukar.

“Saya mahu setiap warga Amerika untuk bersedia menghadapi hari-hari yang sukar ini,” katanya.

Koordinator Bertindak Coronavirus di White House, Deborah Birx, berkata, keputusan untuk memperketatkan penjarakan sosial ialah satu-satunya langkah terbaik bagi mengelakkan virus berkenaan daripada terus merebak.

“Tidak ada vaksin magik atau terapi. Ia bergantung kepada tingkah laku setiap individu dalam melakukan perubahan bagi menghentikan penularan pandemik ini dalam masa sebulan akan datang,” katanya. – AFP

Sumber- Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here