Covid-19 Boleh Merebak Kepada Haiwan? Ini Penjelasan dari Doktor Veterinar

0
524

Penularan wabak Covid-19 bukan sahaja mengancam manusia tetapi haiwan apabila ada beberapa kes positif dilaporkan. Di Hong Kong, Badan Kebajikan Haiwan Hong Kong mengesahkan beberapa ekor anjing peliharaan dijangkiti virus itu daripada pemiliknya yang positif wabak.

Terbaru, Harimau Malaya betina, Nadia, yang ditempatkan di Zoo The Bronx, New York pula disahkan positif dipercayai dijangkiti daripada seorang penjaga zoo.

Adakah Covid-19 boleh merebak kepada haiwan?

Di Twitter, doktor veterinar, Dr. Afiq memberi penjelasan lanjut mengenai kes jangkitan ini. Adakah haiwan peliharaan boleh dijangkiti wabak Covid-19?

Maklumat kes

Berdasarkan maklumat yang diberi, kes seekor kucing Belgian yang dikatakan positif Covid-19 masih berada dalam siasatan. Kucing tersebut adalah milik seorang pesakit yang disahkan positif. Sementara itu, dua ekor anjing yang sedang diletakkan dibawah kuarantin selepas pemiliknya positif virus juga di dalam pemantauan.

Kajian mendalam masih dijalankan

Dr. Afiq menegaskan setakat ini kajian masih dijalankan dan tiada bukti saintifik menunjukkan virus ini boleh menjangkiti haiwan. Namun, apa yang boleh dilakukan pemilik ialah menjaga kebersihan dengan baik dan membasuh tangan sebelum memberi haiwan makanan.

Selain itu, elakkan mencium, menjilat dan berkongsi makanan dengan haiwan kesayangan. Bagi pemilik yang positif, mereka hendaklah menjarakkan diri dengan haiwan peliharaan buat sementara waktu.

Sumber: Oh Bulan, Dr. Afiq Vet

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here