Covid-19: DPMM dan MTEM Suarakan Nasib Peniaga Sepanjang Tempoh PKP

0
129

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Satu pertemuan telah diadakan di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) diantara YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dengan wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

DPMM telah diwakili oleh Presiden Hj Halim Husin, Timbalan Presiden En. Norsyahrin Hamidon dan Naib Presiden En. Amirhamzah Karim. Hj Halim adalah Pengerusi manakala En Norsyahrin adalah Ahli Majlis MTEM.

Image may contain: 2 people, people sitting

Topik perbincangan berkisar kepada kesan wabak penyakit COVID-19 keatas ekonomi Malaysia dan maklumbalas terhadap pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 yang lalu.

Maklumbalas daripada ahli-ahli DPMM dan MTEM dan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN disampaikan untuk pertimbangan sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Cadangan-cadangan yang diutarakan

Antara cadangan yang diutarakan termasuklah isu berkaitan nasib hampir 900 ribu usahawan SME yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan mulai 18 Mac 2020.

Keluhan dari ahli DPMM dan MTEM seluruh negara yang terbeban dengan bayaran sewa premis perniagaan, pembayaran gaji pekerja, pinjaman perniagaan dan kesukaran mendapatkan bahan mentah adalah diantara isu yang dibincangkan dengan panjang lebar.

Diharapkan agar ada berita baik yang akan diumumkan oleh pihak kerajaan didalam masa terdekat untuk golongan usahawan dan majikan bagi menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia pada masa ini.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

DPMM dan MTEM juga mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri melalui YB Mustapa Mohamed dan pasukan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) kerana prihatin kepada usahawan khasnya dan rakyat amnya. Moga kerja keras mereka dibalas dengan kepercayaan rakyat, mendapat kejayaan dan diberkatiNya. In Sya Allah.

Sumber: Facebook Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here