COVID-19: Kecewa Nama Tidak Tersenarai Untuk Pulang ke Malaysia, Pasangan Cuba Bunuh Diri di Lapangan Terbang

0
237

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

TIRUCHI (INDIA): Satu insiden mencemaskan dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchi, membabitkan cubaan membunuh diri oleh sepasang suami isteri dari Malaysia.

Pasangan berusia 55 dan 65 tahun itu dikatakan kecewa apabila mendapati nama mereka tidak berada dalam senarai penumpang penerbangan khas untuk pulang ke Malaysia.

COVID-19: 1,075 warganegara Malaysia masih terkandas di India ...
Gambar Hiasan

Mereka tiba di lapangan terbang itu untuk menaiki penerbangan khas berkenaan, namun gagal berbuat demikian.

Pasangan itu yang didakwa kecewa dengan layanan diterima, dilapor cuba membunuh diri menggunakan pil tidur tetapi tindakan mereka berjaya dihentikan pihak berkuasa.

Sumber memberitahu, pegawai bertugas dan pihak berkuasa mengadakan rundingan bersama syarikat penerbangan bagi mendapatkan slot untuk pasangan itu.

“Kami tidak tahu bagaimana nama mereka tercicir daripada senarai penumpang.

“Isu ini sudah dibangkitkan kepada syarikat penerbangan dan pegawai yang prihatin berusaha memasukkan nama kedua-dua mereka ke dalam senarai,” katanya.

Privacy fears as India hand stamps, tracks suspected Covid-19 ...
Gambar Hiasan

Pesawat penerbangan khas itu berlepas dari Tiruchi pada jam 10.35 pagi tadi (waktu tempatan) dengan membawa pasangan suami isteri terbabit dan 152 penumpang lain.

Ia adalah penerbangan ketiga diaturkan Kerajaan Malaysia, minggu ini, bagi membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Tiruchi, susulan pandemik COVID-19. – Agensi

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here