COVID-19: Kelantan tidak anjurkan Bazar Ramadan

0
118

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan memutuskan tidak akan menganjurkan Bazar Ramadan tahun ini, berikutan keadaan semasa wabak COVID-19 yang masih membimbangkan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata keputusan itu bertepatan dengan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak membenarkan penganjuran Bazar Ramadan.

“Menerusi mesyuarat, kita putuskan tidak akan menganjurkan Bazar Ramadan. Kita ikut keputusan Kerajaan Pusat.

“Mungkin peniaga Bazar Ramadan boleh berniaga menggunakan kaedah lain seperti berniaga dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat EXCO, di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bazar Ramadan tidak dibenarkan jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, jika PKP tamat sebelum Ramadan, Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk penganjuran bazar berkenaan.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here