COVID-19: Kerajaan giat kesan aktiviti bawa masuk PATI

0
947

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia yang bersubahat membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) bakal berdepan tindakan lebih tegas susulan kerajaan memperketatkan kawalan di pintu masuk negara termasuk laluan tikus bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap tindakan yang disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara.

Katanya, tindakan membawa warga asing masuk secara haram ke negara ini tidak akan berjaya sama sekali tanpa bantuan rakyat negara ini.

“Hari ini saya nak bagi amaran pada tekong laut dan darat yang kita sedang giat kesan, kita akan ambil hukuman yang lebih berat ke atas mereka ini.

“Pada saya mereka adalah musuh negara kerana membenarkan warga asing masuk secara haram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Hamzah berkata, agensi di bawah kementeriannya akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengenal pasti dan mengetatkan laluan tikus seluruh negara.

Ditanya sama kerajaan sudah mengenal pasti laluan tikus, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, perkara itu dilakukan dari semasa ke semasa.

“Laluan tikus ini sering berubah. Kita sentiasa mengesan laluan tikus yang baharu serta sedia ada supaya dapat bertindak mengekang kemasukan warga asing secara haram.

“Kita juga akan bekerjasama dengan semua agensi keselamatan negara termasuk ATM termasuk dari segi risikan supaya negara tidak dibolosi secara haram,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, agensi di bawah kementeriannya juga akan menggempur penempatan haram warga asing di negara ini bagi memastikan ia tidak menjadi lokasi wabak COVID-19.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here