COVID-19: Kes baharu turun 1,070 kes

0
196

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,070 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan tiga negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu 327 kes dikesan di Selangor, Sarawak (225) dan Pulau Pinang (133)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, turut mencatatkan kes baharu ialah Kuala Lumpur iaitu 88 kes, Sabah (65); Johor (55); Pahang (37); Kedah (34); Kelantan (31); Labuan (17) dan Negeri Sembilan (12).

“Tiga negeri pula mencatatkan kes satu angka iaitu masing-masing lapan kes dilaporkan di Perak dan Putrajaya manakala Perlis mencatatkan tiga kes baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kes yang dilaporkan hari ini adalah antara terendah pernah direkodkan sejak awal Januari lalu. Sebelum ini negara merekodkan 1,063 kes baharu positif COVID-19 pada 16 Mac lalu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here