COVID-19: Lokap di seluruh negara dibersihkan setiap hari – KPN

0
121

KUALA LUMPUR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah melaksanakan proses pembersihan atau sanitasi di semua lokap di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau mengeluarkan arahan kepada semua ketua polis daerah agar proses sanitasi di setiap lokap dijalankan setiap hari.

“PDRM sentiasa laksana tugas dengan mengambil kira hak asasi manusia dan semua pihak perlu faham akan tugas pihak polis,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini. 

COVID-19: Lokap di seluruh negara dibersihkan setiap hari - KPN ...

Sementara itu, Abdul Hamid berkata setakat ini, 33 anggota pasukan keselamatan itu disahkan positif COVID-19, manakala kira-kira 750 ahli keluarga mereka diarahkan untuk dikuarantin.

“Seorang pegawai telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19, dan ada yang dijangkiti kerana pergi ke luar negara serta dijangkiti daripada kluster ahli tabligh,” katanya.

Abdul Hamid juga menjelaskan semua anggota yang bertugas menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarahkan memakai penutup hidung dan mulut serta mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman. 

“Prosesur operasi standard (SOP) di sekatan jalan raya sudah ada, antaranya anggota yang bertugas tidak dibenarkan pegang kereta ketika bertanya serta digalakkan untuk kerap mencuci tangan,” katanya.

Lokap di seluruh negara dibersihkan setiap hari: KPN

Ketua Polis Negara juga meminta orang ramai agar mematuhi PKP bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan, sekali gus membolehkan keadaan di negara kembali seperti sedia kala.

“PKP ini dilaksana bukan untuk menyusahkan orang ramai tetapi demi untuk keselamatan, dan semua pihak diminta faham serta patuh arahan PKP,” katanya.

Sumber: Bernama

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here