COVID-19: MAIWP luluskan RM34.11 juga untuk zakat

0
99

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan RM34.11 juta zakat khusus kepada rakyat di Wilayah Persekutuan dalam menghadapi penularan COVID-19.

MAIWP turut memberi pengecualian yuran Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Islam dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) kendalian majlis itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Hussien AlHabshee, berkata inisiatif itu dibuat selepas mengambil kira kebimbangan dan kesukaran orang ramai, sekali gus meringankan beban ditanggung rakyat ketika penularan COVID-19.

“Ia membabitkan sebanyak 79 Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Islam, Labuan dan Putrajaya serta dua Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), iaitu Taska Darul Hannan.

“Pengecualian bayaran bulanan April hingga Jun ini akan memberi manfaat kepada hampir 6,000 ibu bapa dengan impak kewangan hampir RM1 juta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, MAIWP sebelum ini sudah meluluskan beberapa bantuan menerusi misi #MusaadahCOVID19 digerakkan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Ia termasuk pembayaran Bantuan Kewangan Bulanan Mac yang diawalkan dari 25 Mac ke 19 Mac, membabitkan jumlah sebanyak RM9.67 juta kepada 24,196 asnaf.

Selain itu, katanya, Bantuan Zakat Khas Tambahan bernilai RM500 kepada penerima sama pada awal April ini membabitkan jumlah RM12.1 juta serta sumbangan peralatan pernafasan kepada tujuh hospital bernilai RM3.27 juta.

“Bantuan makanan harian kepada petugas hospital, pelajar dan penghuni institusi perlindungan bernilai RM49,000 serta 100 set bantal dan tilam bagi Pusat Khas Gelandangan dengan jumlah bantuan RM15,000 turut diluluskan.

“Kita luluskan Zakat Kecemasan kepada pihak terjejas pendapatan membabitkan peruntukan bernilai RM3 juta serta bantuan topeng muka, termometer dan cecair pembasmi kuman menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM5.05 juta.

“Seterusnya ialah bantuan kepada Persatuan Pengasih Malaysia ( PENGASIH) bernilai RM50,000 dan bantuan kepada pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir bernilai RM20,000,” katanya.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here