COVID-19: MB Perak setuju potong gaji 2 bulan

0
47

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memutuskan untuk memotong 2 bulan gajinya bagi disalurkan kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak.

Ahmad Faizal berkata, beliau mengambil keputusan untuk memotong gaji bagi bulan ini dan bulan hadapan untuk membantu golongan yang memerlukan susulan COVID-19 di negeri itu.

“Saya telah memutuskan untuk memotong 2 bulan gaji Menteri Besar bagi disalurkan kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak.

“Ini adalah selaras dengan keputusan Jemaah Kabinet untuk memotong 2 bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri untuk disalurkan ke Tabung COVID-19 di peringkat pusat,” katanya dalam satu kenyataannya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan badan korporat dan pihak swasta untuk bersama-sama menyumbang kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak.

“Kerajaan Negeri Perak akan terus mengkaji inisiatif bantuan khas tambahan bagi memastikan nasib golongan sasar mendapat pembelaan sewajarnya,

“Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan semua inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk meringankan beban rakyat dan langkah tambahan yang dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan ke atas kemungkinan kaitan mangsa pertama yang menjadi korban COVID-19 di negeri ini dengan mana-mana kluster COVID-19.

“Kerajaan negeri turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas korban pertama wabak COVID-19 di negeri ini membabitkan seorang pesakit berusia 62 tahun yang berasal dari Kajang, Selangor.

“Kita percaya pasukan perubatan di Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) sudah melakukan yang terbaik untuk merawat mangsa sejak dirujuk ke hospital itu pada 23 Mac 2020,” katanya.

Beliau berkata, justeru Kerajaan Negeri mengulangi rayuan kepada semua rakyat untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu sahaja, serta mengamalkan jarak sosial.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here