COVID-19: Perantau Bawa Pulang Jangkitan Baharu ke Kelantan

0
53

Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa Covid19 tidak akan boleh hilang 100% dari bumi ini dalam masa terdekat. Dalam pada itu, wajarlah ditegaskan bahawa kita masih belum menang melawan wabak pandemik ini. Oleh itu, pelbagai langkah pencegahan haruskan terus kita praktikkan dan sebarang SOP yang digariskan perlu kita patuhi bagi melawan wabak covid-19.

PKPB: Rakyat Malaysia dapat lampu hijau bantu lapor polis jika ada ...
PKPB hari pertama terkawal, tahniah rakyat Malaysia!
kredit: Sinar Harian

Melihat kondisi di pantai timur hari ini, SELEPAS lebih sebulan bebas daripada Covid-19, Kelantan kembali mencatatkan jangkitan COVID-19 dengan kes terbaharu dikesan di Kuala Krai, membabitkan seorang wanita mengandung.

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, ketika mengesahkan perkara itu berkata, usia kandungan mangsa 32 minggu.

How Dangerous Is COVID-19? We Asked An Epidemiologist. | WWNO

“Setakat maklumat yang kita tahu, ahli keluarganya negatif, dia seorang saja positif. Namun ahli keluarga lain dikuarantin.

“Daripada maklumat yang saya terima, apa yang kita takutkan selama ini dari segi rentas sempadan.

“Mangsa (pesakit) balik ketika sempadan negeri dibuka baru-baru ini. Secara tidak rasmi, mangsa dikatakan positif dan kini dalam rawatan di hospital,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di sini, hari ini.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here