COVID-19: Polis tak kompromi lagi

0
40

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Memasuki minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi langsung dengan mana-mana individu yang ingkar arahan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pendirian itu dimaklumkan PDRM kepada kerajaan, bagi memastikan matlamat untuk memutuskan rantaian COVID-19 berupaya dicapai.

Katanya, ketegasan itu turut berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang masih berdegil untuk tidak mengendahkan arahan PKP sehingga menyaksikan peningkatan dalam kadar tangkapan individu menerusi sekatan jalan raya dan rondaan.

“Polis menahan 454 individu di sekatan raya dan rondaan kerana melanggar arahan PKP, sekali gus ia meningkat berbanding kadar dicatatkan semalam iaitu 403 tangkapan.

“Peningkatan 13 peratus ini menunjukkan masih wujud segelintir rakyat yang degil dan ingkar kepada arahan PKP, meskipun kita memasuki minggu terakhir perintah ini.

“Oleh itu, polis memaklumkan, tiada kompromi sedikit pun kepada mana-mana individu yang ingkar PKP selepas ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here