COVID-19: Saringan di dua taman perumahan di Kuala Langat tamat semalam

0
60

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LANGAT: Seramai 4,627 penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni, Bukit Changgang di sini, telah selesai menjalani ujian saringan COVID-19 semalam.

Pegawai Tanah dan Daerah Kuala Langat Mohd Jusni Hashim berkata saringan dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat sejak 30 Mei dan tamat pada 12.00 tengah hari semalam.

“Dengan jumlah itu, kesemua penduduk yang merangkumi penduduk zon A iaitu Taman Langat Utama serta zon B dan C di Taman Langat Murni telah disaring sepenuhnya.

“Kita turut menggunakan kaedah ketuk pintu dari satu rumah ke satu rumah bagi memastikan tiada penduduk yang tertinggal dalam menjalani ujian saringan ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azizan Tukiman.

Mohd Jusni berkata daripada 4,627 penduduk itu, 941 orang adalah warga asing.

“…dan daripada laporan ujian saringan itu yang diterima setakat pukul 12.00 tengah hari ini, sembilan penduduk di sini telah dikesan positif COVID-19 termasuk tiga daripadanya kanak-kanak perempuan tempatan berusia 2 hingga 10 tahun serta masing-masing seorang warga Nepal dan Thailand,” katanya.

Pelaksanaan PKP secara pentadbiran dikenakan sejak 2 Jun lepas di dua kawasan perumahan itu berikutan wujudnya kes positif COVID-19 membabitkan 20 pekerja pembersihan warga asing yang menginap di kawasan itu.

Dua taman perumahan itu dikenakan PKP secara pentadbiran hingga 16 Jun ini.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here